GENDANG JAWA
GEDOMBAK
Pengenalan
Gedombak didapati dalam dua ukuran besar; ibu dan anak. Badannya dibuat dari kayu nangka yang berongga. Permukaannya dipasang dengan belulang kambing dengan siratan tali rotan pada cincin besi yang berhampiran dengan lehernya. Fungsi Dimainkan dalam pancaragam wayang kulit dan Menora. Cara Bermain Gedombak diletak melintang di atas riba pemain dan dipikul dengan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi membuka dan menutup dengungya. |
GEDUK
Pengenalan
Geduk dibuat dari kayu nangka yang berongga dan mempunyai dua permukaan yang dipasang dengan belulang lembu atau kambing. Pada satu bahagian badan dipasang dua bilah kayu atau buluh yang lebih panjang dari badannya yang dijadikan kaki. Alat ini boleh didirikan muka ke atas mengikut kedudukan masa bermain. Didapati dalam dua ukuran iaitu satu besar dan satu lagi kecil, dipanggil ibu dan anak. Fungsi Dimainkan dalam pancaragam wayang kulit dan Menora. Cara Bermain Geduk didirikan mukanya ke atas mengadap pemain. Mukanya dipalu dengan sepasang pemalu kayu. |
KOMPANG
Pengenalan
Sejenis alat muzik paluan serumpun dengan gendang. Ianya dimainkan bersama dalam beberapa alatan lain dalam persembahan tarian dan nyanyian. Fungsi Kompang dimainkan mengikut iramanya sendiri ketika mengarak pengantin, atau pembesar negara atau disatu majlis rasmi. Kompang juga masyur di kalangan masyarakat islam di Sabah dan dikalangan suku Bajau Cara Bermain Alat ini dimainkan dengan memukul dan mengetuk kulit dengan tangan atau jari. |
TABLA
Pengenalan
Tabla adalah gendang satu muka. Badannya dibuat dari kayu. Dimukanya ditampal dengan tampalan untuk menguasai perubahan bunyi. Fungsi Sangat popular dikalangan kaum India. Alat ini dikatakan diturunkan dari Gendang Mridanga. Cara Bermain Dimainkan dengan diletakkan berdiri di atas lantai di hadapan pemain. Dipalu dengan jari-jari dan tapak tangan. |
REBANA UBI
Pengenalan
Rebana mempunyai satu muka berbentuk bulat. Belulang kerbau dipasang dan disirat dengan pasak-pasak kayu yang terdapat di kakinya. Ada tiga saiz. Fungsi Digunakan untuk mengiringi nyanyian korus oleh penyanyi-penyanyi lelaki. Di Kelantan digunakan untuk Dikir Rebana Besar di Majlis Perkahwinan atau apa?apa keramaian. Cara Bermain Rebana digantung melintang dan dipalu dengan tangan. Satu setnya mengandungi tiga buah. |
JIDUR
Pengenalan
Jidur di perbuat dari batang kelapa yang berongga dan kedua-dua permukaan berukuran lilit yang sama diditutup dengan kulit lembu atau kulit kambing. Jidur berbentuk tong kecil setinggi anggaran 16 inci. Fungsi Digunakan untuk persembahan kuda kepang. Cara Bermain Jidur dipalu dengan menggunakan dua batang kayu. |
MARUAS
Pengenalan
Gendang dua muka. Badannya dibuat daripada kayu dalam bentuk leger dan pendek. Belulang dipasang di kedua-dua belah mukanya disirat dengan tali di antara satu muka dengan lain dan dirambing untuk menegangkannya. Fungsi Digunakan dalam muzik mengiringi tarian zapin. Cara Bermain Maruas dipegang dan diampu dengan sebelah tangan dan dipalu dengan perut jari tangan sebelah lagi. |
NAHARA
Pengenalan
Gendang satu muka berukuran 12 inci panjang dan berukuran lilit 36 inci. Badannya diperbuat dari kayu merbau yang berongga dan permukaannya ditutup dengan kulit kijang. Fungsi Dimainkan dalam muzik nobat dalam majlis hiburan kaum kerabat diRaja, mengiringi istiadat-istiadat istana, istiadat pertabalan, hari keputeraan Sultan, perkahwinan diRaja dan upacara sambutan diRaja. Cara Bermain Nahara dimainkan dengan memalu permukaan dengan dua batang rotan halus berukuran 17 ½ inci panjang. Semasa dimainkan sebatang kayu anggaran 70 inci panjang yang dibalut dengan kain baldu kuning diletakkan di bawah nahara supaya permukaan nahara mudah dipalu. |